...........................................................................

Selamat datang ke blog "Sejarah" ini. Blog ini diwujudkan khas untuk semua mengetahui tentang sejarah peradaban Malaysia; khususnya kepada para pelajar saya.

Saturday, 3 December 2011

APA YANG ANDA AKAN PELAJARI DALAM SEJARAH TINGKATAN 1,2 dan 3?

Sedikit gambaran secara keseluruhan tentang kandungan matapelajaran sejarah tingkatan 1,2 dan 3. Diharapakan dapat membantu anda membuat gambaran lebih awal sebelum kita mempelajari secara lebih mendalam di dalam kelas nanti.SELAMAT MENONTON


uji kefahaman anda.
1) Zaman Batu mempunyai tiga zaman iaitu __________________,___________________,________________.


2) Berikan satu contoh jawatan yang wujud semasa pemerintahan Melaka?
  _________________________
3) Padankan nama pejuang kemerdekaaan berpandukan negeri yang sesuai.

  Rentap                      ___________________
  Dato' Maharaja Lela ___________________
  Tok Janggut              ___________________



 










Friday, 2 December 2011

SELAMAT DATANG.

SELAMAT DATANG kepada sesiapa yang melawati BLOG ini.  Jika mata anda tidak mengantuk untuk teruskan  bacaan dalam blog ini, bermaksud anda sudah meminati sejarah.Oleh itu, teruskan usaha anda ye!!.Segala bahan yang dimuatkan adalah bahan pengajaran di dalam kelas untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja. Blog ini bertujuan untuk mewujudkan interaksi dan meningkatkan kefahaman antara pelajar dan guru dalam memahami matapelajaran sejarah. Pelajar-pelajar saya boleh mengemukakan soalan dan komen sekiranya masih ada perkara yang tidak faham apa yang dipelajari di dalam kelas. Sekian.

Psst :Topik-topik yang dimuat tidak secara menyeluruh, masih dalam proses penambahbaikkan.

Perubahan Ekonomi dan Sosial di Sarawak semasa pemerintahan Brooke

PERUBAHAN EKONOMI DI SARAWAK

Slide 2
1) PERTANIAN
Meneroka kekayaan hasil hutan seperti sarang burung, getah jelutung dan rotan. Getah jelutung dieksport ke Amerika Syarikat.
Sarang burung dikutip digua kapur seperti Gua Niah dan dijual dengan harga yang tinggi.
Tanaman tradisional seperti kelapa, gambir, lada hitam, sagu dan rumbia ditanam secara meluas untuk dieksport. 
 e 5
2) PERLOMBONGAN
Aktiviti perlombongan seperti emas dan antimoni mula dipergiatkan.
Emas dilombong oleh pelombong cina di Bau. Selepas pemberontakan kaum cina, perlombongan diambil alih oleh Syarikat Borneo.
PERUBAHAN SOSIAL DI SARAWAK

Slide 1
Kaum
Pekerjaan
Tempat tinggal
Melayu
Bahagian pentadbiran
Bandar dan pedalaman
Iban
Tentera
Bandar dan pedalaman
Cina
Pelombong,petani, pedagang
Bandar Miri,Bintulu dan Sibu.
Bumiputera
Petani
Pedalaman
India
Peniaga kain
Bandar Kuching
Slide 6
Melalui dasar ini, setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi dan pertempatan yang berbeza.